susah jugak kadang2 jadik manusia ni... kite perlu melalui selok belok kehidupan yg penuh dgn pancaroba dan emosi yg melanda... aku sendiri dah lalui macam2 rona kehidupan. pahit maung, suka duka, dan pacaragam dunia yg kadang2 membuatkn aku rasa rimas dan tak berdaya.. ada masa tu, rasa seakan2 diri dah tewas dan tak mampu nk berdiri semula lepas mengharungi dugaan yg menimpa. tapi aku bersyukur, sebab aku ditemukan dan ditakdirkn hidup di kelilingi oleh insan2 yg kuat semangat dan sangat supportive.

dari masalah keluarga, kawan2, perasaan, pergolakan diri yg tak henti2 menguji kesabaran, membuatkn aku semakin dewasa dan membimbing aku menjadi aku. tipu daya manusia, mainan perasaan, angan2 yg tak kesampaian, semua adalah teman. teman datang dan pergi. begitulah hidup ini. semua yg hadir akan pergi, dan hanya menemani diri buat sementara waktu.

kawan... rakan.. sahabat dan teman... sedih bile memikirkan yg kite diciptakan utk bertemu dan berpisah di atas ketetapan Illahi. pertemuan hanyalah suatu detik yg singkat. sesingkat degupan jantung, hembusan angin yg bertiup, kerdipan anak mata, yg tak mampu di hentikan mahupun diulang kembali. sedih bila mengenangkn, hari ni kite bertemu, esok kite berkasih sayang dan mesra, dan lusa kite berpisah tanpa mengetahui penghujung cerita. apa mungkin kite akan bertemu kembali dan bersama2 menyambung mengukir lakaran putaran cerita pahit manis kite bersama suatu ketika dahulu...?

buat warna2 yg pernah hadir mewarnai lukisan2 hidupku walau cuma sedetik, aku ucapkan ribuan terima kasih yg x terhingga kerana kehadiran kalian telah melengkapkan lukisan2 ku. walaupun hitam, kelabu atau betapa gelap sekalipun warnamu, kau tetap penyeri dan pelengkap lakaran lukisan2 ku. buat warna2 yg bakal hadir dlm hidupku, ku alu2kan kehadiran kalian... cuma ku harap... jgnlah kau tambah lagi warna2 kegelapan dan kesuraman hidupku ini... izinkan jari jemari ini menari bebas melakar sendiri corak dan warna lukisan yg bakal ku lakarkan... mungkin ia takkan seindah selalu... tapi biarkan aku menjadi aku... dan biarkan warna2 itu menjadi penyeri hidupku... walaupun lukisan ku hanya bertemankan warna2 nan suram, biarpun berlatarkan hitam dan putih, ku sayangi dan hargai setiap cebis yg terhasil.

0 comments: