Pejam celik, pejam celik, dah nak raya dah kita... Rasa macam baru je mula puasa dan Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Ramadhan ku tahun ini agak hambar tak seperti tahun lalu. Mungkin kerana tahun ni aku tinggal seorang. Berbuka juga seorang diri di rumah. At least last year, masjid depan rumah. Setiap hari dapat buka free (tapi menu yang sama je lah hari2... tapi sedap wooo). Tahun ni aku kene menapak dalam 20min untuk ke masjid tu. Kalau naik bus memangla 50sen je tapi, tahun ni dorang buat asing. Bagi muslimah, mereka buat buka puasa dan solat terawih di Forte (bangunan apartment sebelah masjid). Aku personally lebih prefer kalau dorang buat kat masjid. Sebabnya, bila mereka buat di forte, ianya seolah2 tertutup bagi orang2 tertentu dan yg berkenaan sahaja. Lebih2 lagi, aku ade mendengar desas-desus daripada mereka2 yang pernah hadir berbuka di Forte yang mengatakan, pada awal Ramadhan, kaum2 muslimah di situ kumpul duit sesama mereka dan masak bersama2 untuk makanan berbuka puasa. Mereka hanya ambil makanan free dari masjid during weekends. Minggu2 seterusnya, barulah mereka ambil makanan free dari masjid. Itupun tak banyak mana. Jadi, mereka menggunakan duit yg mereka kumpul untuk tampung mknan berbuka. So, aku rasa tak sedaplah, kang tak pasal2 menepek muka kat situ datang makan suka2 tak bayar. Plus, aku tak tahu pasal buka puasa forte ni secara terperinci. Tak sedaplah babe, datang makan tak tahu dari mana punca duit tu... kene bayar atau tak... seganlaaaa....

First week of fasting, kalau tak silap aku, d whole first week aku lambat masak for break fast. Hari pertama jatuh pada hari Sabtu. Memangla weekend. Tapi, hari tu aku ada Umsa skit practice and meeting. Balik rumah dah lambat. Terkocoh-kacah solat Asar. Akhirnya, aku berbuka dgn 3 biji kurma dan air masak. Time tu buka dalam pukul 5 something. So, aku masak dalam pukul 6lbh camtu. Hari2 seterunya juge begitu. Umsa meetings and stuff. Hari Selasa dan Rabu, memang tak payah cakaplah...kelasku abes pukul 6ptg. Sah2lah kene buka dlm lecture hall. Ada satu hari tu, aku terlupe nak bwk kurma n air ke dlm lecture theater, and hari tu aku ade test yg agak tough juge soalan2nye. Maka, aku keluar test pukul 6ptg. Maka, aku berjalan pulang ke rumah dan berbuka setgh jam lewat. Haiii, melepas pahala sunnat buka awal..hehe.

Ada juge, hari2 tertentu bila kemalasan aku melanda dgn sgt kronik. Aku hanya berbuka dgn kurma, air dan buah shj. Takpun tapao makanan luar. But then, tak bolehlah nak tapao selalu. Aku sdg mengalami krisis kewangan juge skrg. Let's put the blame on the inflation and global economy crisis. Lol! In addition to all those above, puasa kali ni tak terasa sangat. Mungkin kerana aku dah memang terbiasa berlapar since the beginning of the year. So, puasa kali ni terasa seperti hari2 selalu, of course dispite of you feeling a lil more angelic than normal days... hahaha!

All in all, I would say Ramadhan kali ini agak hambar buat ku. Dan mungkin juga kerana itu, dan kerana kesibukan duniawi ku, kehangatan Syawal juge kurang kurasai. Bagaimanakah agaknya lebaran aku diperantauan tahun ini? Meriah? Itu aku kurang pasti. Yang pasti, aku tak mampu nak buat open house like last year. Firstly, because of my current financial status. Secondly because of the size of my house. Mungkin aku hanya akan melawat rumah kawan2 shj. Itupun jikalau ada kesempatan. Yang lebih penting sekali ialah... Besar kemunginan 1 Syawal jatuh on the same day as my 3rd day of BFM performance!!!! Wuaaaaa!!! I wanna go back home, this instant. T_T

P/s- at least setakat ni, aku dapat jugak merasa berbuka dgn kuih Malaysia buatan cik DZETI- kuih sagu yg sgt sedap. Tq Dzt... lap u muah2..

4 comments:

dzeti said...

haruslah sedap kuih sagu aku.

Stray Kitty said...

haha sempat lagi tu puji diri sendiri kat blog aku ceit.. yelah mmg sedap ponn

lovemenot said...

oit..
aku pon nak mkn free mcm last year.
tp,forte la plak tahun ni.adoi..
ank tau lakan...lol

Stray Kitty said...

uit..

tulah.. aku mau juge.. akhirnya, tak merasa pn mkn free this year. huhu...

semestinya aku fhm okeh.. haha