Kalau tahun lepas, Ramadhan dan Syawal aku sambut dengan sangat meriah, tahun ini bagaikan tiada ape yang menarik. Kedatangan Ramadhan dan Syawal seolah-olah menanti hari-hari selalu.

Oh, lupakan perihal Ramadhan ku diperantauan yang sangat hambar dan suram tahun ini, kerana topik itu sudah basi diolah pada post yang lepas. Post ini seharusnya tertumpu pada Syawal yang bakal menjelang Insyallah esok atau lusa.

Baju Raya...

Alhamdulillah... tak seperti tahun lepas beraya tanpa walau sepasang baju raya pun, tahun ini aku ada 3/4 pasang baju raya. Dan semestinya I'm lovin all of em. Ibu tersayang sanggup menjahitkan sepasang baju raya untuk aku dan menempah khas lagi 3 pasang daripada tailor kegemarannya.

1 Syawal...

Apa aku nak buat di pagi raya?? Ya Allah, sedihnya bila mengenangkan 1 Syawal aku tahun ini. Kalau 1 Syawal jatuh hari Ahad, daptlah aku join group yang nak solat eid di masjid mana ntah. Kalau tak, silap2 aku akan duduk rumah sorang2 mengadap laptop. Saddish.. I know. 3rd day show of BFM pulak jatuh pada hari Ahad. Memang bertambah2 syahdulah aku hari tu. Maka, akan berhingusanlah ketua kampng Eco Village kerana menangis menelepon kampung halaman terchenta.

Open House...

Buang tebiat ke ape? I cant even call my place a "house". It's too small to be called a house. But, it's definitely a "home" to me. Nak buat Open Room pun macam tak sanggup je. Bukan apa, aku seganlah. Rumah kecik, nak terima tetamu ramai2 pun, kesian mereka tak boleh nak duduk dengan selesa. Hajat hati nak menjamu kawan2 Umsa committee ku. Tapi, my financial status pun agak goyah. Harap2, Allah murahkan rezeki nak menjamu orang sebelum balik Malaysia ni.

Assignment...

Ooohhh, assignments yang berderet di hari raya. Sepatutnya, aku ade dateline on next monday which is d 2nd day of Syawal. Mujur juge lecturer tu consider kami yang nak beraya ni. Maka, dateline ditangguh ke minggu berikutnya. Terima kasih sgt2 la kat dia. Tapi, still, aku ada presentation next week. Haih! Inilah pengalaman beraya di tempat orang. Mahal okey, pengalaman ni. Kat sini mana ada public holidays for eid-ul-fitr. Dorang bukan tahu pun ape menatang tu.. huhu.

Oh, Allah... Aku mohon keampunan dan rahmatMu. Semoga berakhirnya Ramadhan kali ini memberi 1001 pengertian buatku. Aku mohon agar aku dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Limpah dan murahkanlah rezeki yang halal padaku agar dapat ku menyambut Syawal kali ini bersama teman2 di perantauan ini, Ya Allah. Ameen.

1 comments:

Nigel J. W. Ong said...

take it easy atie..
tahun depan rayalah cukup-cukup.