Isteri yang bakal kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
tidaklah setabah Fatimah,
tetapi bakal isterimu itu hanyalah wanita akhir zaman
yang mempunyai cita-cita, menjadi solehah..

dan kamu...
berlapang dadalah untuk memiliki isteri yang tidak sehebat siapapun
kerana kamu juga harus sedar bahawa,
kamu bukanlah Rasulullah.
pun bukan Ali bin Abi Talib.
tapi...
Kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha untuk menjadi soleh..




***************

Pada suatu hari, Khalid bin Safwan melihat satu perhimpunan di dalam sebuah masjid di Basrah. Lalu beliau bertanya akan tujuan perhimpunan itu diadakan kepada seorang lelaki yang hadir di situ:


‘Apakah tujuan perhimpunan ini wahai saudara?’


‘Seorang wanita sedang menerangkan tentang ciri wanita yang layak dikahwini’ jawab lelaki tadi apabila ditanya oleh Khalid bin Safwan. Lalu Khalid terus menyatakan hajatnya kepada wanita tadi. katanya:


‘Aku inginkan perawan berpengalaman seperti seorang isteri. Bila dikahwini sesuci perawan. Manis apabila didekati. Mulia bila berjauhan, dia mampu hidup dalam kemewahan tetapi bila dilanda kemiskinan dia masih punya keperibadian seperti orang kaya dan dan kerendahan hati si miskin. Apabila kami kaya, kami hidup seperti warga dunia. Pabila miskin, KEHIDUPAN kami seperti warga akhirat’ begitulah permintaan Khalid yang diajukan kepada wanita tersebut.


Tiba-tiba, seorang wanita bangun lalu menjawab permintaan Khalid bin Safwan: ‘Aku kenal akan wanita yang kamu maksudkan itu’


‘Di mana dia wahai saudari?’ tanya Khalid lagi. ‘Dia ada di syurga ALLAH. Jadi, bekerjalah untuk ke syurga dan temui dia di sana’ terkejut dengan jawapan itu, Khalid bin Safwan didatangi dengan sebuah keinsafan. Dia berlalu.


*****************



KERANA...KESEMPURNAAN ITU HANYA MILIK PENGHUNI SYURGA.

P/s- terima kasih buat Atiqah Humaira atas perkongsian ini.