Tinggal satu saja esaimon yang perlu disubmit... tapi, kan ade 2 paper sem ni? Takpe... sekarangkan tengah cakap pasal esaimon... saya tetap happy!

Assignment Ling 307 dapat A-.... Alhamdulillah... (pelik betul. Dari zaman sekolah lagi. Bila aku seriously expect dapat teruk or fail, mesti dapat the other way round. Bila rasa boleh skor, mesti fail takpun dapat D) ... mestilah kena happy!

Aku dapat kamera pertama aku, kalau tak silap masa aku darjah 3. Abah belikan sebab aku lulus PTS. Beberapa tahun lepas tu, dalam form 2 kamera tu rosak sebab banyak kali terhentak. Sangat sedih. Selepas itu, tiada lagi kamera bagiku. Bukan sebab Abah tak mau beli, entahlah.. mungkin sebab aku sendiri tak pernah mintak. Lagipun, pada aku, buat apa nak banyak2 kamera. Ibu dah ada digi cam. Nak pakai, pinjam lah. Bila aku masuk kolej, ada banyak kali juga terniat nak beli kamera. Bukan tak mampu.. entahlah.. masih juge tak pasti kenapa aku masih tak beli2 kamera. Sebelum fly ke Auckland, lebih kurang 2 tahun yang lalu, memang dah nekad nak beli kamera sebab mestilah nak abadikan kenangan2 selama di perantauan... tapi, tak jugak beli.

Akhirnya, beberapa bulan sampai Auckland, aku beli digi cam online kat trademe. Beli $300, dah lah xde brand. Bila camera tu sampai, dicuba2, sungguhlah hampa. Bukanlah sebab camera tu rosak. Cuma, pada aku, dengan harga $300 yang aku beli tu, aku boleh dapat camera yg betul2 elok dengan kualiti yg baik. Flash camera tu, bunyinya sungguh lah clasic. Hahaha... Takpe2... sekarang kamera tu telah pun aku jual dengan harga $90. Bodoh juge rasanya. Halalkan je lah... pengajaran. Tak jadi camtu, semua benda kat internet tu aku nak borong!


Hari ni... walaupun aku tiada kamera canggih berlensa panjang (kalau boleh, lagi panjang lagi hebat... kalau boleh nak yang sedepa: merujuk pada dslr -lah.. jgn marah), dengan hanya berbekalkan hp nokia N70 aku yang suke hang macam siput sedut, yang suke2 hati die je nak receive text ke tak, yang text tak reti2 nak kuar ringtone, aku dapat juga mengabadikan sesuatu yang indah... tak perlu pakai lensa panjang2.. cukup dengan lensa semulajadi mata aku ni untuk jadi pengukur.. dah cukup.. tapi, semestinyalah tak boleh tandingi lensa orang yang sedepa panjang tu kan (yelaa akur la... akuila jugak kehebatan lensa panjang2 yang berat nak mampuih tu~).


Gambar-gambar di atas adalah hak cipta terpelihara dan terpulihara oleh saya sepenuhnya. Hehe atas usaha gigih menggunakan Nokia N70. Pokok tu adalah pokok feberet gua terletak dalam kawasan university aku, berhadapan dengan the Old Government House. Tapak tempat orang buat graduation every Autumn and Spring. Aku panggil pokok tu "The Wise Tree". Kenapa? Sebabnya, pokok tu dah berusia paling kurang lebih 500 tahun. Mana aku tahu? Tengoklah saiz batang pokok tu. Saiz batang pokoklah pengukur usia pokok. Usia University aku je dah 100 tahun kalau tak silap akulah. Mungkin lebih juge. Pokok tu dah lihat beratus-ratus generasi manusia datang dan pergi. Pokok tu dah saksikan beribu-ribu orang graduate kat University yg tersohor ni. Sebab tu aku namakn pokok tu "The Wise Tree".

I know.. I know.. suka-suka aku je nak namakan pokok. So what? It looks wise enough in my pictures.

0 comments: