Salah Satu Perbezaan Malaysia dan New Zealand yang boleh diambil iktibar dan digunapakai di tempat kita untuk furthur improvement bersama:

-Tourists Information Centre/Counter/Booth

Aku sebagai warga Malaysia yang tak arif tentang semua negeri dan pelusuk daerah tanah air ku tercinta ni, rasa macam terkapai2 di negeri orang. Itu aku yang berkongsi bahasa ibunda dengan warga Kuantan ni. Bayangkan kalau anda adalah tourists yang tak tahu langsung bahasa Malaysia.... mcm mana lah agaknya.

Bila dah tak tahu arah, tak tahu mana nak tuju sebab tak tahu apa tarikan sesuatu tempat tu, siapa kita nak tanya ye? Kalau dah tanya orang sekitar tapi, masih tak dapat jawapan yang tepat atau memberangsangkan, macam mana? Itupun, dah kira nasib baik kalau boleh berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Macam mana pula dengan pelancong asing?

Hmm... kalau tak jumpa Information Centre atau tak jumpa maklumat dicari dari Internet, pergilah ke travel agency mana2. Book lah package ape2 or activities apa2. Tapi, sedar tak, saya ni bukan lah orang berada. Bukan semua pelancong atau orang asing tu kaya raya. Ada yang sangat sengkek dan travel semata2 untuk explore tempat baru, hobi, mencari ketenangan atau untuk kepuasan diri sendiri. Kalau pergi cari travel agents, nak kene pakai extra few bucks.

Lagipun, kalau tanya sayalah, saya pasti akan tanya, which travel agents is the best or better? Sebab mereka, macam business people lain juga, itu adalah mata pencarian mereka. Haruslah mereka akan cari jalan untuk dapatkan duit dari customers. Kalau saya ni tourist, dah pening2 sesat ke, tak de hala tuju ke, ada ke patut nak suruh saya fikir, memerah otak, menyakitkan kepala nak pilih travel agency mana nak dituju. Saya akan terfikir, takde ke tempat yang saya rasa secure, selamat, dan welfare saya terjaga berjalan2 di negara orang? Tempat yang saya tahu berada di bawah kerajaan sesebuah negara tersebut? Di bawah Kementerian Pelancongan negara tu mungkin?

Mungkin sebenarnya Malaysia ni memang ada banyak Information Centre cuma saya je yang tak tahu, tapi, saya terfikir, kalau lah saya ni pelancong asing, macam mana saya boleh tak tahu kewujudan Information Centre tu? Mungkin ke tempat tu tidak kelihatan? Lokasi kurang sesuai? Atau publicity, atau mungkin sign boards yang kurang jelas?

Masa saya buat road tour pusing NZ dulu, banyak kali jugak sesat, rasa macam dah sesat, tak tahu dah samapai mana, apa tarikan di sesuatu tempat yang saya tiba tu... Tapi, setiap kali terpandang logo i-Site yang besar terpampang, saya akan berasa lega dan bersyukur. Saya rasa lebih selamat dan yakin sebab saya tahu, saya boleh tanya dan mintak apa saja bantuan dari orang2 di i-Site tu. Saya tahu saya boleh percaya mereka sebab mereka bekerja di bawah Jabatan Pelancongan mereka. Saya tahu, mereka ada semua kemudahan komunikasi dan pamphlets dan maklumat tentang accommodations, transportations, etc dari yang plaing murah dan cikai ke yang bertaraf 5 bintang. Websites i-Sites pun sangat lah membantu sebab semua yang saya mention tadi ade dalam websites mereka. Search je i-Sites ikut daerah yang dicari, mesti dapat pe yang dicari (yang related to tourism lah kan).

Tak semua tourists tu kaya. Ada yang nak cari tpt tinggal murah sekadar untuk berteduh di malam hari. Kalau di Malaysia, susah nak jumpa maklumat tentang accommodation murah di internet. Sebab mereka tak di ada publisiti meluas. kalau ada pun, maklumat tak lengkap.

Selepas beberapa kali terlepas simpang di Pahang sebab ada banyak sangat Pantai dan Resorts, barulah saya terpandang Pahang Tourism House yang sangat cantik. Saya mati2 ingat rumah tu chalet. Padahal dah berkali-kali lalu tepi rumah tu. Kenapa? Sign Board sangat kecik, dan tempat tu tutup.

p/s-Niat di hati bukanlah mahu merendah2 atau memburuk kan negara sendiri. Tidak sama sekali. Cuma, dari experience ni, saya terlintas, benda2 yang tak rugi kalau kite adapt dari negara orang di negara  sendiri. Demi untuk kebaikan kite bersama. Sekadar berkongsi pengalaman yang ditimba yang mungkin akan membawa kebaikan jika dikongsi dengan semua. Tak salah rasanya melihat dunia dari luar dan dalam rumah kaca. Kita berkongsi sesama kita.

0 comments: