Apa yang ada pada dia?
Ternyata tiada apa-apa. Cuma lelaki biasa yang punya kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Tapi pada kelebihan dan kekurangannya itulah, yang berjaya melembutkan hati dan naluri ini.
Orangnya yang sangat bersederhana, merendah diri bukan beerti rendahnya nilai diri, tapi tingginya peribadi.
Halus budi bahasa, juga lembut tutur bicara... menundukkan diri ini dengan rasa kasih dan hormat padanya. Punya ketegasan dan kepimpinan tersendiri yang tak perlukan suara lantang seorang lelaki.
Apa ada pada cinta?
Banyak yang ada pada cinta. Banyak juga cabang cinta. Apatah lagi jenis-jenis cinta.
Tapi, apa yang ada pada cintanya? Jangan tanya lagi soalan tu sekarang. Boleh tak? Masih baru jalan yang dilalui untuk menjawab persoalan-persoalan seperti itu.
Yang pasti,
kerana dia dan cinta..
cintaku, cintanya... ???
kami cuba memahami dan menyesuaikan diri dengan perbezaan dan jurang yang ada antara kami.
Dan semestinya, bercinta tatkala hidup di dua benua berbeza, banyak kelebihan dan kekurangannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment