Hari yang sangat panjang.
Badan terasa sangat penat.
Sem belum mula, tapi kerja dah mula menimbun tak tahu mana perlu dimulakan dahulu.
Banyak untuk diceritakan tentang hari ini.
Barangkali... lain hari sahaja.
Mata sangat berat.
Katil seakan memanggil-manggil.
Lupakanlah dahulu kerja-kerja yang masih berbaki itu.
Esok sahaja dipulun.
Oh, tidaaaaaakkk!!!
Esok bakal menjadi hari yang sangat panjang juga.
Mahu bangun lewat meraikan hari terakhir cuti semester.
Tapi, ah..lupakan!
Kerja-kerja sangat banyak perlu disiapkan.
Tak mungkin bisa bangun lewat.
Open Homes??
Jelak sudah melayan tetamu2 asing yang tidak diundang itu.
Oh, esok otot-otot badanku akan dikerah menari.
Nampaknya, lusa, badan-badanku akan sakit2 semua.
Tak mengapa...
Kan boleh tidur sebentar dan berehat2 selepas latihan.
Eeh.. Lupakah?
Kan kerja masih ada yang belum selesai...
Allan...?
Macam pernah ku dengar nama itu.
Siapakah itu?
Alamak! Partner aku lah!
Lupakanlah impian untuk berehat2 selepas latihan.
Kan ada meeting dengan Allan.
Hmm...
Tak sabar nak balik Malaysia.
Ingin ketemu dia.
Juga keluarga tercinta.
Tapi..
Sedih juga tak terhingga.
Kawan2 disini, entah bila boleh berjumpa lagi.
Itulah yang dikatakan, bertemu berpisah kerana Allah.
Memang takkan pernah manusia boleh berehat sepuas2nya.
Kerana takkan pernah terluah perkataan puas itu.
Hanya bila degup jantung terhenti, hah, berehatlah semahunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment