Hari ini seperti kebiasaannya, aku ada latihan BFM. Sepatutnya, setiap Rabu, Jumaat & Ahad adalah sesi latihan vocal untuk aku, Boon, & Diana. Tapi, hari ini tak seperti selalu. Drums set at one corner of the music room had been removed to another room. Untuk memberi ruang kepada lebih ramai orang yang akan hadir pada hari ini, kata Bin. Seorang demi seorang melangkah masuk ke bilik muzik. Ada wajah-wajah baru nampaknya.... Gerald, Joseph, Kai Ann, & err..mmm..aaa.. alamak! Lupa sudey nama mamat seorang ni. Tapi aku sure namanya start with an S. Ish! Takpe, akan aku ingati semula. Buat masa ini, biarlah kita gelarkan dia Mr. S. Everyone is very friendly. And I am super happy to get to know many new faces.

Setiap orang yang berdiri di dalam bilik tu punya bakat dan kelebihan tersendiri. Aku tiba-tiba terasa sangat kecil sekali berada dikalangan mereka-mereka yang sungguh hebat dalam dunia muzik ini. Pernah aku tonton drama di tv tentang kolej/sekolah2 muzik yang pelajar2nya hanya belajar tentang muzik, dan seni pementasan seperti S Club 7 masa zaman muda remaja ku dulu. And I felt exactly like being in a music school. Macam-macam term music aku dengar...which kebanyakannya aku tak berapa nak paham. Contohnya, bar (aku selalu dengar, tapi aku actually dont really know the actual meaning of it), mm..dan lagi apa eh... entah tak ingat dah.

Jun Bin - tuan director yang sangat berbakat, mengkompilasi dan menggubah lagu, menulis lirik, mengstruktur susun atur lagu dan music, bermain piano, keyboard, guitar, etc. (semua benda pun lah dia ni boleh main. Memang double tabik spring aku bagi kat dia!)

Mr. S - guitarist; specialty in acoustic guitar.. sgt hebat guitar skillnya

Kai Ann - Pianist/keyboardist; walaupun tak sehebat pianist yang satu lagi, tapi aku kategorikan sebagai hebat juga (aku sangat mengagumi orang2 yang boleh bermain piano kerana jari2ku sangat kaku bila dikerah menari di atas piano)

Joseph - Oh, Pianist yang sangat hebat! Kasi je dia dengar apa2 lagu, pasti dia boleh mencari note2 nya. Aku petik je gitar main sembarangan pun dia boleh terus join dengan piano. Pergh..mantap! Civil Engineer tu... Daya pendengaran dia aku umpamakan seperti kucing! Pantas je dapat tangkap kalau orang nyanyi salah key, main salah beat, guitar out of tune... Kagum sungguh!

Ah Boon - Bassist & one of the singers/actor; see betapa berbakatnya. Dah main bass, nyanyi pula, berlakon lagi! Jari2 dia bermain bass tu aku tengok ala2 main gitar hero pun ada. Hahaha! Oh, nama gitar dia ialah Cherry. Hehe, ada bunga rose di guitar strap nya.

Diana - Singer/actress - Suara Diana ni sangat merdu. Typical chinese's voice. Very soft and sweet. Sangat suka dengar dia nyanyi. Paling suka dengar dia & Gerald nyanyi lagu "Beautiful". Very the beautiful.. seperti di awang-awangan je. Kalau tak silap aku, dia ni pun salah seorang pelakon utama.

Gerald - Singer/main actor - Suara dia ni memang kaw2! Last year pun dia jadi main charac juga. Dia memang sangat hebat berlakon dan menyanyi. Dia sangat sesuai join theater musical. Oh, kalau tak silap aku, dia ni satu uni dengan aku.

Meng Meng - Dia hadir hari ni sebab menemani aweknya, Diana. Tapi, jangan main2. He is in the Kung Fu team. Ada babak kung fu dalam theater ni. So, dia adalah salah seorang pahlawan la senang kata. Hehehe.

Last but not least,

Atie - Singer/Actress - Watakku taklah penting pun. Tapi agak penting juga kerana aku adalah Ketua Kampung! Hehehe... Suaraku.. hmm tak tahulah nak komen macam mana. Tapi, jujur aku rasa suara aku ni sebenarnya biasa saja. Dan aku tak rasa pun aku layak menyanyi untuk theater ni. Tapi, dah Jun Bin beri kepercayaan tu pada aku. Aku berbesar hati menerimanya.

Aku selalu nyanyi salah key. Aku memang boleh main gitar. Selalunya orang akan kaitkan boleh main instrument=no problem bila tang key. Hmm...silap tu! Aku memang sangat sengal bab2 key ni. Oh, for your information, today is the first day, our singing practice diiringi band. So, aku rasa agak kekok sedikit. Asik salah je nyanyi lagu Eco Living. Bengang jugak sebenarnya. Should do better than that!

Yeah, almost forgot! Pagi tadi, Allan and I had our social officers meeting in Level 2 Kate Edgar. Disscussed about venue for Dessert Night. Very short notice. We didnt even know that the event is under us until yesterday when Naomi texted me about it. Fuh~ pretty hard to find a suitable place. But at least I already received replies from 2 of the venues. They both are pretty good. And after that Umsa committees went to Crowne Plaza Hotel to view the ball room's venue. I was in charge of the Deco. Lots of work in deco team. I know... but happy to be in the deco team actually. At least I am working with close friends whom I already know their potentials. Yeah, basically had some good ideas and rough pictures of the decorations for the venue.

So, that's all about my life today. Every bits and pieces, music and lyrics, lagu dan irama of my today's life.

0 comments: