Hari tu aku ada bilang nak main tukar-tukar template blog aku. Aku dah save beberapa templates yang dah pun aku edit coding nya awal-awal masa aku rajin hari tu. Tinggal nak upload je kat blog aku ni. Tapi, kenapa lama sangat aku ambil masa untuk blog aku bertukar rupa daripada girly, pinky blog kepada rupa2 yang lain? Sebab, tiba-tiba..aku rasa sayang sangatlah pula nak tukar template yang endah itu... wuaa T_T

Babai my pinky (kad kahwin) blog.... Sangat sayang template tu because (as Intan said) it was soooooo ATIE!

Tapi, hari ni, tiba2 je rasa nak bertukar angin pula. Lalu, aku pilih je mana2 template yang aku dah save kat komputer aku ni. Randomly picked. Bila dah selamat bertukar rupa, rasa macam taknak pulak. Aku tak sukalah temlate ni. Very the pening pale otak! Walaupun tak banyak sangat bermain dengan warna, tetapi aku kurang gemar kedudukan, dan rupa post-post aku. Kelihatan sungguh serabut sekali. Kalau template pink yang sebelum ni, walaupun warnanya pink... tapi masih nampak kekemasan dan ketenangan pada blog ku. Mungkin kerana content wrapper nya yang lebih besar dari template yang aku gunakan sekarang.

Oh ya, tadi, keluar dinner dengan Ian. Turut hadir ialah Anep, Shidee dan Kauthar. Oh, lama betul kami duduk berborak sambil makan. Beberapa hari sejak kebelakangan ni termasuklah hari ni, aku rasa seperti suhu Auckland sungguh luar biasa rendahnya. Hahaha... selalunya, walaupun winter, aku masih bisa berjalan-jalan di luar dengan hanya memakai selipar flip flop ku (bukan kerana panas, tetapi badan ku dah terbiasa dengan suhu begitu, mungkin juga kerana excessive fat yang berfungsi sebagai penebat haba), dan sweater nipis, kegemaranku. Tetapi beberapa hari ni, aku rasa kaki dan tangan ku seperti mampu membeku bak berada di dalam freezer. Jari-jari tangan dan kaki kebas dan hampir cramp juga. Mungkin berada dalam transition phase dari winter ke spring. Ye..mungkin juga. Kerana selalunya, cuaca dan suhu Auckland akan menjadi extreme apabila transition dari satu musim ke satu musim.

Risau... masih gagal menghubunginya. Dia balik Melaka seorang diri dengan motor dari Pahang. Perjalanan ambil masa 5 jam. Sepatutnya, dia minta aku call dia pukul 10/11 malam Sabtu, tapi sudah aku cuba berkali-kali, masih gagal juga. Dan hari ini, sepanjang hari aku cuba menghubungi dia, masih sepi lagi........

0 comments: